BLOG INI DITUTUP & BERPINDAH KE azimaDIYshop.blogspot.com

By: azima azmaildani

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Apr-2007 00:01 Email | Share | Bookmark
TIPS JAHIT PINGGANG KAIN- CARA MUDAH..

Ini bagi sesiapa yang ada masalah nak siapkan pinggang kain..

CARA MUDAH JAHIT PINGGANG KAIN
A) Pinggang & kain lapik pinggang diambil terasing..
B) Pinggang & kain lapik pinggang diambil bersama..

Cara A :

1. Refer nota sy, page 15: langkah 11..
Kain yang telah siap jait zip & plate kain.. pinggang depan 15" (kain keras), pinggang belakang 19" (getah)



2. Sediakan kain lapik pinggang
panjang kain lapik pinggang 361/2. tetapi pengiraan utk ukuran panjang kain lapik pinggang nie, BOLEH DIABAIKAN..
guntinglah kain lapik pinggang agak2 cukup panjang utk pinggang, let say ANGGARAN 40 inci..
(yang lebih tue nanti bleh potong)
so, ukuran kain lapik pinggang.. panjang 40" dengan lebar 3" (BUKAN 31/2"!)

jahit tepi pada garis merah.. atau boleh juga ambil kain lapik pinggang ini pada TEPI KAIN (so tak payah dah nak jait tepi bagai..)



3. Jahit lapik pinggang..
jahit kain lapik pinggang keliling pinggang kain.. (jahit pada sebelah kain lapik pinggang yang TAK DIJAHIT TEPI!). Lebihkan 1/2" dan gunting lebihan kain lapik pinggang tersebut.



4. Dari arah dalam, jahit di dua hujung kain lapik pinggang..



5. Lipat kain lapik pinggang dan jahit..
Lipat 1" dan 1/2" lagi biarkan di luar ( itu sebab kena jahit tepi / ambil pada tepi kain!. Pinkan dengan jarum dan JAHIT DARI ARAH LUAR



6. Sediakan interfacing & getah untuk pinggang..
Balut interfacing bahagian cangkuk dengan kain perca



7. Sambungkan interfacing & getah.. masukkan ke dalam pinggang kain dan jahit.






Cara B:

Labuh kain + 1 1/2". 1 1/2" tersebut dilipat ke dalam dan tandakan 1" lebar untuk ruang masukkan getah ke dalam dan sudahkannya seperti Cara A.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net