Want your
own Fotopage?










 
Nota jahitan pakaian, manik, novel terpakai / 2nd hand, tudung DIY, tudung scallop, tudung ariani, tudung hajaba

By: azima azmaildani

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-May-2008 03:09 Email | Share | Bookmark
NOTA JAHITAN FOC ~ BLOUSE BELLA

CTH BLOUSE







Peralatan2 yg mesti ada:

1. Kain 2m (cari kain cotton yg harga rm 7.00/m pon dah ok)
2. Pembaris L
3. Pembaris lurus
4. Pembaris melengkung
5. Pita ukur
6. Kapur tanda
7. Gunting utk kain (cari yg ringan)
8. Gunting utk kertas
9. Kertas minyak/surat khabar lama
10. Benang (ikut warna kain)
11. Jarum peniti
12. Jarum jahit
13. Jarum mesin
14. Getah lebar 1/4" (1m)
15. Kain gam lembut (utk leher)
16. Buku jadual ukuran (jika ada)
17. Span baju (jika suka)
18. Mesin jahit

LANGKAH 1: Mengambil ukuran
-ukuran boleh diambil dengan 2 cara iaitu:

i) ukuran yg diambil pada badan


ii) ukuran yg diambil pada baju


setelah ukuran diambil, tulis dalam jadual A


Langkah 2: Melakar Pola

Setelah ukuran diperolehi, bolehlah melakar pola di atas kertas. Pola yang dilakar akan digunting dan disematkan dengan jarum pada fabrik untuk memudahkan proses menggunting. Cara-cara melukis pola seperti berikut:
**Semua ukuran dalam unit inci.
**Sentiasa mula melakar secara menegak dan diikuti dengan mendatar.

1) Pola belakang





2) Pola depan




** tambahan
GS – turun leher 5”
ST – luas leher depan, luas leher belakang + 1.25” = 2.50 + 1.25 = 3.75

3) Pola tangan





3) Pola lapik leher






LANGKAH 3: Menggunting Kain

Bentangkan pola atas kain & tandakan kelim sebelum menggunting. Kelim ialah basi jahitan 0.25" ditunjukkan dalam rajah & yang selainnya ialah 0.50". Manakala hujung tgn baju tiada kelim, memadai dengan jahit tepi kecil sebagai penyudah.



Apabila semuanya siap digunting, anda seharusnya memperolehi:
· 1 keping baju belakang
· 1 keping baju depan atas
· 1 keping baju depan bawah
· 2 keping tangan
· 1 keping lapik leher depan
· 1 keping lapik leher belakang





Setelah selesai menggunting, jangan tanggalkan jarum dahulu, anda perlu tandakan titik tengah bahu & tangan sebagai penanda bila menjahit baju nanti. Setelah itu bolehlah dijahit tepi dan mula menjahit.

LANGKAH 4: Menjahit Baju


LANGKAH 1:
Tandakan 1” kiri & kanan baju depan bawah. Setkan jarak jahitan kepada yg paling jarang. Jahit 2 jahitan selari seperti dalam Rajah 1.Tarik benang utk kedutkan baju dan kedutkan sehingga jarak dari point M2 ke M2 sama dengan jarak dari point M1 ke M1 pada baju depan atas.




LANGKAH 2:
Pinkan baju depan atas & depan bawah dan jahit seperti dalam Rajah 2


LANGKAH 3:
Pinkan bahu baju depan & baju belakang & jahit seperti Rajah 3


LANGKAH 4:
Pinkan kain lapik leher baju depan & baju belakang & jahit seperti Rajah 4


LANGKAH 5:
Dari arah luar, pinkan kain lapik leher & jahit keliling. Pada kelim leher, gunting/trim bentuk V supaya ia mudah untuk dialihkan seperti Rajah 5


LANGKAH 6:
Seterika kain lapik leher dengan rapi seperti dalam Rajah 6


LANGKAH 7:
Tandakan 0.5” daripada hujung tangan seperti dalam Rajah 7


LANGKAH 8:
Tandakan 0.5” pada getah dan kemudian tandakan 6” (ikut luas tangan baju). Jahit getah pada hujung tangan baju di point K kemudian tarik utk jahit getah di tempat yg telah ditanda dengan 6” di point F seperti dalam Rajah 8. JANGAN potong getah dahulu!


LANGKAH 9:
Tarik utk tegangkan getah & jahit di atas getah sehingga habis. Potong getah yg selebihnya seperti dalam Rajah 9


LANGKAH 10:
Pinkan tangan baju & jahit tangan baju seperti dalam Rajah 10


LANGKAH 11:
Alihkan tangan baju dan pinkan pada ketiak dan jahit seperti dalam Rajah 11. Jika alami masalah ketiak pada tangan lebih luas daripada ketiak pada baju, anda boleh tarik ketiak pada baju untuk selarikannya.






kak....apa yg dimaksudkan dengan DB dan DD. dan ukuran yg akak tambah contohnya 21+ 2=23 tu...yg 2 tu maksudnya baki jahit ke? minta maaf kalau saya tanya ye...saya memang betul2 nak belajar. Mon 5-May-2008 04:54
Posted by:lienna
DB - dada belakang
DD - dada depan

tertib buat pola... kelim/basi jahitan x akan dicampur semasa lukis pola. ingat nie..

cuba tgk petern tangan blouse nie.. tgn kembung & hujung ada kembang sket. +2 nie lah utk jadikan tgn spt itu..
Mon 5-May-2008 09:43
Posted by:azima azmaildani@yahoo.com
kak...kenapa ada ukuran akak yg kena dibahagi dgn 4? Mon 12-May-2008 00:20
Posted by:lienna
lienna..
sbb pola baju dilukis se per empat daripada ukuran sebenar..
Mon 12-May-2008 00:42
Posted by:azima
salam..kak,saya berminat nk beli nota baju nie.
teringin plak nk jahit baju sndiri..
Thu 29-May-2008 03:34
Posted by:ain isdia_sakura82@yahoo.com.my
ain..
utk nota aju bella nie sy tak jual.. sy ajar online, print sendiri kalo nak nota.. utk nota2 yg lain sila2.. nota sentiasa ada.
Fri 30-May-2008 05:56
Posted by:azima azmaildani@yahoo.com
salam kak...ain nk 4 set nota jahitan n brape harganya termasuk kos pos yer..
nota1 - baju kurung
nota2 - baju kedah modern
nota4 - baju kurung pesak gantung
nota5 - baju kebaya asli
TQ..
Thu 26-Jun-2008 06:59
Posted by:ain isdia_sakura82@yahoo.com.my
ain..
klik kat sini..
http://azmaildani.fotopages.com
ada sale rm 50 utk 4 nota baju FOC pos sampai 28 jun shj..
Fri 27-Jun-2008 00:48
Posted by:unnamed
kak... dah terlambat nak order.. berapa harga skrg ni kalau nak order?..
Wed 2-Jul-2008 07:54
Posted by:kynn kynn_6778@yahoo.com.my
kynn..
sale dah habis & harga asal :
nota pakaian dewasa rm 15 utk 1 nota
nota manik rm 15 utk 1 nota
nota pakaian kanak2 rm 5 utk 1 nota..
tq
Thu 3-Jul-2008 01:05
Posted by:azima azmaildani@yahoo.com
kak azima..sy nk tnya..klu dkt nota yg untuk dpt lubang lengan tuh..pd mulanya kn dh trnkn 1 inci..tapi bila buat sy xdpt pon luas tu..terlebih 1/2 inci..mknanya klu sy trnkn 1/2 inci lg dkt lbg lngan tu blh kan utk dptkn jumlah yg sepatutnya..so.jd jumlah turun lengan saya 1.5 inci..blh x???? Fri 29-Aug-2008 07:19
Posted by:ida
ida..
pola belakang kan? maksimum turun 1"... u tgk bahu org dalam keadaan relax.. tak landai tp just condong sikit jer. u add my YM n buzz.. nanti kalo sy free sy reply cam mana nak buat..
Tue 2-Sep-2008 01:14
Posted by:azima azmaildani@yahoo.com
salam kak, nak tanya, hujung tangan tu jahit tepi je ke?atau kena lipat halus? hihi sori kalau salah istilah..x pndai sgt...tp tingin nk cuba buat blouse ni. Tue 10-Mar-2009 08:34
Posted by:ruby rubyfav@gmail.com  - [Link]
ruby...
betul. hujung tangan, jait tepi halus.
kalau jait tepi biasa nanti tak kemas hujung tgn..
atau nak ubah suai... lipat 1/2" n jait.. nanti masukkan getah dalam tue.. cam buat pinggang seluar cerut
Wed 11-Mar-2009 02:16
Posted by:azima azmaildani@yahoo.com  - [Link]
kak azima,,,caman nak print nota ni...saya dah try...tapi ada 2 muka je yang keluar....ada idea tak????tq Mon 13-Apr-2009 04:23
Posted by:noorazila syazeela78@yahoo.com.my
noorazila..
copy n paste masuk ke words.. lg senang kan?
Tue 14-Apr-2009 02:41
Posted by:azima azmaildani@yahoo.com  - [Link]
akum ,kak saya kalau buat baju selalu problem kat lengan nk sambung kat ketiak.knapa yer.. Tue 14-Jul-2009 08:02
Posted by:fiza nurhafizahasarudin@yahoo.com
fiza..
masalah apa yg kat ketiak tue?
BTW.. buat bj ikut nota sy ker?
Wed 15-Jul-2009 07:50
Posted by:azima azmaildani@yahoo.com  - [Link]
alhamdulillah dapat ler skit boleh rujuk lg.thank azima Fri 4-Dec-2009 09:36
Posted by:izzah utp ummie.auni@gmail.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.