Want your
own Fotopage?








 
BLOG INI DITUTUP & BERPINDAH KE azimaDIYshop.blogspot.com

By: azima azmaildani

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]
Monday, 5-May-2008 03:09 Email | Share | | Bookmark
NOTA JAHITAN FOC ~ BLOUSE BELLA

CTH BLOUSE







Peralatan2 yg mesti ada:

1. Kain 2m (cari kain cotton yg harga rm 7.00/m pon dah ok)
2. Pembaris L
3. Pembaris lurus
4. Pembaris melengkung
5. Pita ukur
6. Kapur tanda
7. Gunting utk kain (cari yg ringan)
8. Gunting utk kertas
9. Kertas minyak/surat khabar lama
10. Benang (ikut warna kain)
11. Jarum peniti
12. Jarum jahit
13. Jarum mesin
14. Getah lebar 1/4" (1m)
15. Kain gam lembut (utk leher)
16. Buku jadual ukuran (jika ada)
17. Span baju (jika suka)
18. Mesin jahit

LANGKAH 1: Mengambil ukuran
-ukuran boleh diambil dengan 2 cara iaitu:

i) ukuran yg diambil pada badan


ii) ukuran yg diambil pada baju


setelah ukuran diambil, tulis dalam jadual A


Langkah 2: Melakar Pola

Setelah ukuran diperolehi, bolehlah melakar pola di atas kertas. Pola yang dilakar akan digunting dan disematkan dengan jarum pada fabrik untuk memudahkan proses menggunting. Cara-cara melukis pola seperti berikut:
**Semua ukuran dalam unit inci.
**Sentiasa mula melakar secara menegak dan diikuti dengan mendatar.

1) Pola belakang





2) Pola depan




** tambahan
GS – turun leher 5”
ST – luas leher depan, luas leher belakang + 1.25” = 2.50 + 1.25 = 3.75

3) Pola tangan





3) Pola lapik leher






LANGKAH 3: Menggunting Kain

Bentangkan pola atas kain & tandakan kelim sebelum menggunting. Kelim ialah basi jahitan 0.25" ditunjukkan dalam rajah & yang selainnya ialah 0.50". Manakala hujung tgn baju tiada kelim, memadai dengan jahit tepi kecil sebagai penyudah.



Apabila semuanya siap digunting, anda seharusnya memperolehi:
· 1 keping baju belakang
· 1 keping baju depan atas
· 1 keping baju depan bawah
· 2 keping tangan
· 1 keping lapik leher depan
· 1 keping lapik leher belakang





Setelah selesai menggunting, jangan tanggalkan jarum dahulu, anda perlu tandakan titik tengah bahu & tangan sebagai penanda bila menjahit baju nanti. Setelah itu bolehlah dijahit tepi dan mula menjahit.

LANGKAH 4: Menjahit Baju


LANGKAH 1:
Tandakan 1” kiri & kanan baju depan bawah. Setkan jarak jahitan kepada yg paling jarang. Jahit 2 jahitan selari seperti dalam Rajah 1.Tarik benang utk kedutkan baju dan kedutkan sehingga jarak dari point M2 ke M2 sama dengan jarak dari point M1 ke M1 pada baju depan atas.




LANGKAH 2:
Pinkan baju depan atas & depan bawah dan jahit seperti dalam Rajah 2


LANGKAH 3:
Pinkan bahu baju depan & baju belakang & jahit seperti Rajah 3


LANGKAH 4:
Pinkan kain lapik leher baju depan & baju belakang & jahit seperti Rajah 4


LANGKAH 5:
Dari arah luar, pinkan kain lapik leher & jahit keliling. Pada kelim leher, gunting/trim bentuk V supaya ia mudah untuk dialihkan seperti Rajah 5


LANGKAH 6:
Seterika kain lapik leher dengan rapi seperti dalam Rajah 6


LANGKAH 7:
Tandakan 0.5” daripada hujung tangan seperti dalam Rajah 7


LANGKAH 8:
Tandakan 0.5” pada getah dan kemudian tandakan 6” (ikut luas tangan baju). Jahit getah pada hujung tangan baju di point K kemudian tarik utk jahit getah di tempat yg telah ditanda dengan 6” di point F seperti dalam Rajah 8. JANGAN potong getah dahulu!


LANGKAH 9:
Tarik utk tegangkan getah & jahit di atas getah sehingga habis. Potong getah yg selebihnya seperti dalam Rajah 9


LANGKAH 10:
Pinkan tangan baju & jahit tangan baju seperti dalam Rajah 10


LANGKAH 11:
Alihkan tangan baju dan pinkan pada ketiak dan jahit seperti dalam Rajah 11. Jika alami masalah ketiak pada tangan lebih luas daripada ketiak pada baju, anda boleh tarik ketiak pada baju untuk selarikannya.







Wednesday, 16-Jan-2008 10:29 Email | Share | | Bookmark

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Apa kabar semua? Alhamdulillah.. setelah kuar masuk, kuar masuk hosp. & berkat doa anda semua & akhirnya pada 1hb Jan 2008 sy dapat rezeki tahun baru! .. baby boy 3.6 kg.

Disebabkan dalam masa mengandung air ketuban banyak.. maka baby sentiasa berpusing & kedudukan berubah. Walaupun masa dah nak bersalin kedudukannya dah ok... tapi kedudukan baby masih tinggi & tak masuk jalan.. maka kena lah bersalin operate!

Oleh sebab itu.. masih rasa ngeri nak bergerak lelebih, takut bentan !) maka i'allah kedai akan dibuka 21 hb. Jan 2008.

Pada yg sms tanya dah bleh oder nota ker blom... blom bleh lagi yer. I'allah 21 hb nie.. Baru start nak print nota sket2...


Ok ok.. gtg.. baby nangis!!


Sunday, 21-Oct-2007 16:38 Email | Share | | Bookmark




REPLY 1 :

Date: Sun, 7 Oct 2007 19:39:41 -0700 (PDT)
From: Send an Instant Message "yana tukiman" <xxxxxx@yahoo.com> View Contact Details View Contact Details Add Mobile Alert
Yahoo! DomainKeys has confirmed that this message was sent by yahoo.com. Learn more
Subject: Re: NOTA JAHITAN PAKAIAN
To: "azmaildani ***" <azmaildani@yahoo.com>
hai azima,

saya buat baju raya tahun nie ikut dalm nota yang saya beli dgn awak. kebaya anak , baju pesak gantung hubby puji lagi kate lawa.
saya nak juga kalu ade nota terbaru inform katy email saya .
bye.



REPLY 2 :
Date: Sun, 7 Oct 2007 02:43:25 +0100 (BST)
From: Send an Instant Message "basha" <xxxxxxx@yahoo.com> Add to Address BookAdd to Address Book Add Mobile Alert
Yahoo! DomainKeys has confirmed that this message was sent by yahoo.com. Learn more
Subject: Re: NOTA JAHITAN PAKAIAN
To: azmaildani@yahoo.com
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
Jahitan success...sampai kak ipar pun nak suruh jait..tapi xde la pulak gambar2 tu sebab xde camera..nnt saya buat sekali lagi..saya ambil gambar yer

Teringin sangat nak jait manik tapi xsempat...



REPLY 3 :
Date: Fri, 5 Oct 2007 01:24:52 -0700 (PDT)
From: Send an Instant Message "Azatus Syukria" <xxxxxxx@yahoo.com> Add to Address BookAdd to Address Book Add Mobile Alert
Yahoo! DomainKeys has confirmed that this message was sent by yahoo.com. Learn more
Subject: Re: NOTA JAHITAN PAKAIAN
To: "azmaildani ***" <azmaildani@yahoo.com>
Selamat Hari Raya... saya dah terima nota jahitan tersebut dan terima kasih kerana ia dapat membantu saya. Saya memang mengalu-alukan sekiranya puan dapat sentiasa 'up-date' jika puan ada nota jahitan baru melalui e-mail ini. Insya Allah saya akan cuba memiliki kesemua nota jahitan sebagai panduan saya kerana saya ada menerima tempahan daripada kawan-kawan saya. Terima kasih sekali lagi.

Salam,
Aza Puncak Alam.



Kepada pembeli nota jahitan yang belum memberi alamat email & kepada sesiapa jua yang berminat ingin dimaklumkan melalui email sekiranya ada nota jahitan terbaru atau ingin diwar2kan jika jualan /potongan harga nota jahitan dilakukan pada masa akan datang.. email supaya email anda dimasukkan dalam senarai. Terima kasih..


Tuesday, 24-Apr-2007 03:21 Email | Share | | Bookmark
NOTA JAHITAN PAKAIAN..

PERHATIAN:

WEB RASMI SY TELAH BERPINDAH KE
http://azimadiyshop.blogspot.com
SEMUA DETAIL/MAKLUMAT FOTOPAGES INI HANYA UTK RUJUKAN SAHAJA.

SILA KE http://azimadiyshop.blogspot.com UTK SEGALA URUSAN/BERITA TERKINI.

~T.KASIH























Tuesday, 17-Apr-2007 00:01 Email | Share | | Bookmark
TIPS JAHIT PINGGANG KAIN- CARA MUDAH..

Ini bagi sesiapa yang ada masalah nak siapkan pinggang kain..

CARA MUDAH JAHIT PINGGANG KAIN
A) Pinggang & kain lapik pinggang diambil terasing..
B) Pinggang & kain lapik pinggang diambil bersama..

Cara A :

1. Refer nota sy, page 15: langkah 11..
Kain yang telah siap jait zip & plate kain.. pinggang depan 15" (kain keras), pinggang belakang 19" (getah)



2. Sediakan kain lapik pinggang
panjang kain lapik pinggang 361/2. tetapi pengiraan utk ukuran panjang kain lapik pinggang nie, BOLEH DIABAIKAN..
guntinglah kain lapik pinggang agak2 cukup panjang utk pinggang, let say ANGGARAN 40 inci..
(yang lebih tue nanti bleh potong)
so, ukuran kain lapik pinggang.. panjang 40" dengan lebar 3" (BUKAN 31/2"!)

jahit tepi pada garis merah.. atau boleh juga ambil kain lapik pinggang ini pada TEPI KAIN (so tak payah dah nak jait tepi bagai..)



3. Jahit lapik pinggang..
jahit kain lapik pinggang keliling pinggang kain.. (jahit pada sebelah kain lapik pinggang yang TAK DIJAHIT TEPI!). Lebihkan 1/2" dan gunting lebihan kain lapik pinggang tersebut.



4. Dari arah dalam, jahit di dua hujung kain lapik pinggang..



5. Lipat kain lapik pinggang dan jahit..
Lipat 1" dan 1/2" lagi biarkan di luar ( itu sebab kena jahit tepi / ambil pada tepi kain!. Pinkan dengan jarum dan JAHIT DARI ARAH LUAR



6. Sediakan interfacing & getah untuk pinggang..
Balut interfacing bahagian cangkuk dengan kain perca



7. Sambungkan interfacing & getah.. masukkan ke dalam pinggang kain dan jahit.






Cara B:

Labuh kain + 1 1/2". 1 1/2" tersebut dilipat ke dalam dan tandakan 1" lebar untuk ruang masukkan getah ke dalam dan sudahkannya seperti Cara A.


[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net